Pihak Roadcare yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wan Imran bin Wan Omar turut serta mengiringi lawatan Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi ke lokasi runtuhan jalan di FT066 Seksyen 73.85 Jalan Kg. Sg. Sam-Jeli, Daerah Jeli.
Turut hadir bersama-sama ke lokasi adalah Pengarah Kerja Raya Negeri Kelantan, Tuan Ir. Suhaili Ismail, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Dato’ Ir Ibrahim Esa serta Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Tuan Ir. Ts. Mohd Nasir Bontat.