Pada hari ini bertempat di Tenara Hotel & Suites Bangi sedang berlangsung Majlis Cabutan Undi Kerja Berkala di bawah “Program Mempercepatkan Penyenggaraan Jalan Dengan Memanfaatkan Kontraktor G1-G4 Bagi Program Penyenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen Di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Bagi Tahun 2025 (Zon Tengah & Timur)” yang disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.
Turut bersama -sama dalam majlis ini ialah Tuan IR. Mohd Nasir Bin Bontat, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ), Jabatan Kerja Raya Malaysia dan YB Datoโ€™ IR. Razali Bin Kassim, Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang.
Majlis cabutan ini bersiaran langsung (live) secara atas talian melalui laman sesawang Youtube. Sesi cabutan undi kali ini melibatkan kontraktor-kontraktor yang telah berdaftar dengan Roadcare setakat 21 Mei 2024, jam 5.00 petang.
Diucapkan selamat berjaya kepada kontraktor – kontraktor yang terlibat, dan tahniah kepada yang berjaya.