Pada 11 hingga 13 Oktober 2022, telah berlangsungnya 11th Malaysia Road Conference 2022 di World Trade Centre dengan bertemakan Towards Resilient Road Infrastructure. Ianya diambil kira setelah menyaksikan kerosakan besar yang berlaku baru-baru ini terhadap infrastruktur awam dan harta benda persendirian.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hj. Fadillah Bin Hj. Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia. Turut menghadiri, tetamu kehormat iaitu YB Datuk Athur Josehp Kurup dan YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bagi memeriahkan lagi majlis.
Roadcare (M) Sdn Bhd telah berkerjasama dengan DAL-HCM bagi menubuhkan satu booth informasi dan pameran sepanjang majlis berlangsung untuk kunjungan orang ramai. Roadcare (M) Sdn Bhd juga telah menghantar beberapa peserta bagi menyertai persidangan yang diadakan.