Pada hari ini telah berlangsung  12th MRC & IRF Asia-Pacific Regional, bertempat di World Trade Center Kuala Lumpur. Program ini diadakan selama 3 hari bermula 5 – 7 November 2024. Majlis telah dirasmikan oleh YB Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama YB Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Azman Bin Ibrahim.
Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada YB Menteri, YB Timbalan Menteri beserta delegasi ke reruai Roadcare diiringi Pengurusan Tertinggi Roadcare (M) Sdn Bhd.