Kursus E-Tender JKR Perak telah diadakan bertempat di Raflesia Ballroom, Hotel Kinta Riverfront Ipoh Perak pada 14 Mac – 15 Mac 2023. Pihak Roadcare telah dijemputkan sebagai pempamer oleh pihak penganjur iaitu Jabatan Kerja Raya Perak bagi menjayakan program ini. Kursus ini telah dirasmikan oleh  YB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamaluddin, Exco Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak. Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Ir. Hj Hamdan Bin Ali.