Program Ibadah Korban Roadcare (M) Sdn Bhd

TEMERLOH, 2 Julai – Roadcare (M) Sdn Bhd (Roadcare) menyumbangkan enam lembu korban untuk pejabat Wilayah Pahang sempena Aidiladha tahun ini. Program Qurban Roadcare Wilayah Pahang itu diadakan di Yard Temerloh, dekat sini, semalam. Sumbangan lembu korban itu adalah inisiatif Pengarah Urusan Roadcare, Datuk Seri Muzaffar Shah Abdul Rahman. Program itu bukan sahaja membabitkan kakitangan syarikat konsensi tapi turut mendapat kerjasama masyarakat setempat. Roadcare bukan sahaja melakukan korban dan mengagihkan daging kepada mereka yang layak menerima sumbangan daging korban, tapi turut bersama-sama memasak untuk peserta program itu program seumpama itu adalah acara tahunan Roadcare dan ia dapat mendekatkan lagi hubungan antara kakitangan mereka dan penduduk sekitar.
Objektif program ini adalah untuk memberi panduan dan pandangan berharga kepada pelajar- pelajar dalam menentukan halatuju perjalanan memilih kerjaya dalam kejuruteraandan juga memberi maklumat mengenai laluan kerjaya, industri dan peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan dan keselamatan. Program ini diadakan secara sesi dialog yang diketuai oleh moderator dan juga 4 org panel speaker terdiri daripada kakitangan CSFJ dan juga Roadcare. Tetamu VIP yang hadir pada majlis ini ialah YBhg. Tuan Pengarah CSFJ, Ir.Ts. Hj Mohd Nasir Bin Bontat, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, Dato’ Wan Imran Bin Omar dan juga Tuan Pengetua SMK Sultan Abu Bakar, Tuan Hj. Asruddin Bin Hj Abas.