Program “Coffee Break” Tahun Baru Cina 2023

Tahun Baru Cina pada tahun ini, Pihak Roadcare telah mengambil inisiatif dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat telah mengadakan Program ” Coffee Break Chinese New Year” bagi menyediakan minuman dan juga makanan ringan untuk pengguna jalanraya yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sedikit kesegaran kepada pengguna jalanraya untuk menikmati juadah yang disediakan oleh pihak Roadcare dan secara tidak langsung pengguna jalanraya dapat merehatkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Disamping itu pihak Roadcare turut memberi panduan dan juga khidmat nasihat kepada pengguna jalanraya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan selamat pulang ke kampung halaman.