Misi Bantuan Bencana Banjir Taman Seri Nanding Hulu Langat, Selangor

Misi bantuan bencana banjir yang dilancarkan selama 4 hari bermula dari 30 Disember 2021 – 2 Januari 2022 dengan kerjasama daripada pihak Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya bertempat di daerah Hulu Langat bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk – penduduk sekitar untuk membersihkan kediaman mereka yang terlibat dalam bemcana banjir. Pihak Roadcare turut menyediakan lori tangki air dan jentolak bagi tujuan pembersihan.