Pada hari Rabu 28 Mei 2025, Team Roadcare telah menyertai Majlis Hari Inovasi yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis, Pahang.
Majlis Inovasi ini merupakan penyerahan anugerah & persaraan kepada penjawat awam terutamanya kepada penjawat awam di Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang bagi kecemerlangan 2024 & persaraan 2025.
Majlis Inovasi ini telah dirasmikan oleh DATO’ IR. TS. HAFIZAH BINTI ZAKARIA iaitu pemegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.
Team Roadcare berbesar hati ingin mengucapkan TAHNIAH sekali lagi kepada penjawat yang telah memenangi anugerah kecemerlangan 2024.