Hari ini telah bersiaran langsung secara atas talian melalui Youtube Live satu sesi cabutan undi kerja – kerja berkala 2024 di bawah Peruntukan Berkala Bukan Pavemen Fasa 1 dan Peruntukan Jambatan Fasa 1 bagi kontraktor-kontraktor Gred G1 dan G2 Negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sesi cabutan undi kali ini melibatkan kontraktor-kontraktor yang telah berdaftar dengan Roadcare setakat 31 Januari 2024, jam 12 tengahari.
Terima kasih kepada semua syarikat yang terlibat sepanjang proses undi ini dan sekalung tahniah kepada syarikat yang berjaya.