Roadcare (M) Sdn Bhd Peduli Palestin

Roadcare (M) Sdn Bhd turut sama berdiri dalam menyatakan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin dengan menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Palestine anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR). Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan, YBhg. Dato’ Sri Muzaffar Syah bin Abd. Rahman kepada YB Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini di KKR, Kuala Lumpur.

Semoga sumbangan ini mampu meringankan bebanan rakyat Palestine.