Pada 23 Disember 2022, sebuah lawatan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi disertai Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya petang tadi, bertempat di FT0003 Seksyen 647.7, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu. Lawatan adalah bertujuan untuk meninjau lokasi kerosakan jalan dan median kerb. Pihak Pengurusan Roadcare (M) Sdn. Bhd. turut mengiringi delegasi YB Menteri Kerja Raya Malaysia ke lokasi bencana banjir di Negeri Kelantan dan Terengganu.