1 April, Pulau Pinang – Kementerian Kerja Raya Malaysia telah mengadakan Sesi Tandatangan Perjanjian Tambahan Bagi Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia dan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Penarafan Bintang Kepada Syarikat Konsesi. Majlis ini telah berlangsung di Jen Hotel Penang Georgetown by Shangri-La, Pulau Pinang yang disempurnakan oleh Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya manakala bagi pihak Roadcare, diwakili oleh Dato Wan Imran Bin Wan Omar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd.