Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Roadcare 2025 telah berlangsung dengan penuh gaya dan kehangatan silaturahim di Dewan Perdana Felda, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, menyemarakkan suasana dengan kemeriahan dan warna-warni Syawal. Bertemakan ‘Glamour Raya’, para tetamu tampil anggun dan memukau dengan busana elegan, memperindah suasana serta mencerminkan semangat Aidilfitri yang diraikan bersama.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran warga kerja Roadcare dari pelbagai negeri termasuk Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Turut hadir ialah para klien, subkontraktor, rakan niaga, serta kakitangan syarikat-syarikat di bawah naungan Protasco Berhad, menjadikan sambutan ini lebih meriah dan bermakna.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II, dan YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, atas kesudian hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran tetamu-tetamu kehormat ini amat dihargai dan menjadi penyeri kepada acara tahunan yang dinanti-nantikan ini.

Semoga kemeriahan yang dikongsi bersama menjadi kenangan manis buat semua yang hadir, dan jalinan mesra yang terbina terus kukuh dalam semangat perpaduan dan kekeluargaan.