Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Program Blackspot (Fasa 1 & 2), LPKSI serta Arahan Kerja (AK) bagi Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Tanjung, Kementerian Kerja Raya.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Alexander Nanta Linggi selaku Menteri Kerja Raya Malaysia dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi kementerian sebagai simbol sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh tahap keselamatan jalan raya serta meningkatkan kualiti penyelenggaraan infrastruktur negara.
Dalam majlis berkenaan, Roadcare (M) Sdn Bhd telah menerima penyerahan SST dan Arahan Kerja berkaitan pelaksanaan program-program terbabit. Syarikat telah diwakili oleh Wan Imran Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare.
Program Blackspot dan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan ini merupakan antara inisiatif penting dalam memastikan aspek keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diberi keutamaan, di samping menjamin keadaan infrastruktur jalan raya berada pada tahap terbaik.
Penglibatan berterusan Roadcare dalam pelaksanaan projek-projek strategik ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong agenda kerajaan untuk menyediakan rangkaian jalan raya yang selamat, selesa dan berkualiti kepada rakyat di seluruh Semenanjung Malaysia