Road Engineering Association Of Asia and Australasia (REAAA) Conference Goyang 2025

Roadcare (M) Sdn. Bhd. telah menyertai delegasi Malaysia ke REAAA Conference Goyang 2025 yang berlangsung di KINTEX 2 Exhibition Hall, Korea Selatan dari 26 hingga 31 Oktober 2025.

Persidangan antarabangsa ini menjadi platform utama yang menghimpunkan pakar, penggubal dasar serta pemain industri dari pelbagai negara bagi membincangkan isu, cabaran dan perkembangan terkini berkaitan infrastruktur jalan raya dan rangkaian pengangkutan global.

Melalui penyertaan tersebut, delegasi Malaysia berpeluang untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman, di samping memperluas jaringan kerjasama strategik serta meneliti inovasi dan teknologi terkini dalam bidang pembinaan, penyelenggaraan jalan raya dan sistem pengangkutan moden.

Penyertaan Roadcare (M) Sdn. Bhd. dalam persidangan ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh standard kualiti, memacu inovasi serta meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyelenggaraan jalan raya negara. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia untuk terus mempertingkat pembangunan sektor infrastruktur jalan raya agar kekal mampan, berdaya saing dan memenuhi standard antarabangsa.