Program Csr Ihya Ramadan Anjuran Puspanita Cawangan KKR Bersama Roadcare

Bersempena dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Roadcare (M) Sdn Bhd dengan sukacita telah menyantuni penghuni Pusat Jagaan Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh, Selangor. Program ini bertujuan menyampaikan bantuan kepada 113 anak-anak yang berada di bawah jagaan Rumah Kasih Harmoni.

Program ini dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Rosmawati Binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Kerja Raya; YBhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare; dan YBrs. Encik Jamaluddin Bin Wahab, Pengurus Rumah Kasih Harmoni, bersama pegawai-pegawai dari Roadcare dan PUSPANITA KKR.

Kami berharap sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada anak-anak di Rumah Kasih Harmoni, agar mereka turut merasai kegembiraan dan semangat perayaan seperti rakan sebaya mereka yang lain.