Program Back To School – Sekolah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis, Pahang

Majlis “Back to School” yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kerambit, Lipis, Pahang telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 150 murid telah menerima sumbangan peralatan sekolah, yang diharap dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Sumbangan ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial oleh Roadcare (M) Sdn Bhd, yang bertujuan untuk membantu komuniti setempat dalam memastikan kelancaran sesi pembelajaran yang akan datang.