Program CSR “Back To School” yang melibatkan golongan Asnaf dan anak-anak yatim dari kariah Desa Pahlawan, Kuala Lumpur, dianjurkan oleh Roadcare (M) Sdn Bhd bersama Masjid Nurul Islam dan NGO PERKERTI. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga kurang berkemampuan dengan menyediakan kelengkapan persekolahan.
Seramai 100 kanak-kanak menerima sumbangan melalui program ini, yang dirasmikan oleh YB Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Turut hadir sebagai tetamu kehormat adalah Tuan Haji Kamaldin Bin Mohd Damin (Timbalan Pengarah Operasi JAWI), YBhg. Dato’ Wan Imran bin Wan Omar (Ketua Pegawai Eksekutif), YBhg. Datuk AzizulRahman Bin Mohd Hussain Malim (Pengerusi MPPWP Zon Parlimen Titiwangsa), dan Ustaz Suridzal bin Abdul Rahim (Pengerusi Masjid Nurul Islam). Majlis ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JPM (Hal Ehwal Agama), JAWI, Roadcare, AJK Masjid Nurul Islam, serta ibu bapa, penjaga, dan anak-anak yang menerima sumbangan.
Program ini mencerminkan komitmen Roadcare untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti serta menyokong usaha murni dalam membantu keluarga asnaf dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak mereka.