Kursus ini merangkumi aspek-aspek yang berbeza, termasuk keselamatan, bahan pendingin, kipas pengudaraan dan mengenali unit penyamanan udara jenis window dan split. Kursus ini juga merangkumi aspek penyeliaan perkhidmatan dan pengurusan perhubungan pelanggan.Pelajar akan diajar mengenai kaedah untuk memasang dan menyambung sistem paip penyejukan, menganalisa teknik-teknik rawatan serta memilih jenis-jenis penyaman udara mengikut keperluan.

Syarat kelayakan 

Diploma Teknologi Mekatronik (Tahap 2-3 ) untuk lepasan SPM:

  • Berumur 17 hingga 35 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • LULUS SPM dengan LULUS BM, Sejarah, Matematik/matematik Tambahan dan satu subjek lain.

1 year and 8 months

Pelajar yang telah tamat pengajian di dalam Sektor Penyamanan Udara berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya seperti berikut ; Juruteknik sistem penyamanan udara, Tenaga pengajar di institusi kemahiran dan vokasional jika melanjutkan pengajian, Perekacipta inovatif set penyamanan udara jika mempunyai daya inovasi dan kreativiti yang tinggi, Pakar jualan alatan penyamanan udara, Membuka kedai membaiki alat penyamanan udara atau  Penyelia fasiliti di sektor awam dan swasta.