Asset & Project Management Conference (APMC) 2025

Asset & Project Management Conference (APMC) 2025 telah berlangsung di The Everly Hotel Putrajaya pada 29 hingga 30 September 2025 dengan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor infrastruktur dan pengurusan aset negara. Persidangan ini menjadi platform penting dalam membincangkan amalan terbaik, cabaran semasa serta hala tuju pengurusan aset yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Dalam penganjuran kali ini, Roadcare Malaysia Berhad telah mengambil bahagian sebagai pempamer dan peserta selaras dengan tema persidangan:

“Sustainable Asset Management: Environmental, Social and Governance (ESG) in Highways, Buildings, Water and Energy Industries.”

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Roadcare Malaysia Berhad dalam memperkukuh amalan pengurusan aset yang mampan, berintegriti dan berteraskan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG). Penglibatan tersebut juga sejajar dengan usaha syarikat dalam menyokong pembangunan infrastruktur yang berkualiti, bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta memberi nilai tambah kepada masyarakat dan industri secara keseluruhan.