logo

Total Quality Road Maintenance Solutions

Roadcare Sdn Bhd Wilayah Pahang agih bantuan kepada 200 mangsa banjir

 

Pekan: Syarikat Roadcare (M) Sdn Bhd Wilayah Pahang mengagihkan bantuan keperluan harian kepada 200 mangsa banjir di Kampung Sekor dan Kampung Pulau Keladi, disini, yang rumah mereka ditenggelami air.

Bantuan kali pertama melalui program tanggungjawab social korporat (CSR) bernilai RM  7,400 itu membabitkan beras,tepung,biskut susu dan gula.

Pengurus Roadcare Wilayah Pahang, En Risyadi Irwan berkata bantuan diberikan untuk meringankan beban mangsa banjir yang rumah mereka ditenggelami air sehingga menjejaskan aktiviti harian

Terdahulu Risyadi mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif.

Back