Putrajaya, 2 Mac – Protasco Maintenance telah mengadakan Kursus Latihan Pertolongan Cemas Pekerjaan Asas, CPR & AED (Basic Occupational First Aid, CPD & AED Training) di Park Inn by Radisson Putrajaya selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Mac 2022. Kursus ini disertai oleh 30 orang kakitangan daripada Protasco Maintenance. Program ini terdiri daripada pembentangan teori, sesi amali dan simulasi seperti hidup (casualty make-up) bagi melengkapkan peserta bukan sahaja pengetahuan, malah kemahiran mengendalikan pelbagai kecemasan. Kursus Latihan Pertolongan Cemas Pekerjaan Asas, CPR & AED yang berlangsung selama dua hari ini disesuaikan untuk melatih rata-rata pekerja atau orang awam untuk menjadi penolong cemas yang berkelayakan.