BASIC OCCUPATIONAL FIRST AID, CPR & AED TRAINING
Putrajaya, 2 Mac – Protasco Maintenance telah mengadakan Kursus Latihan Pertolongan Cemas Pekerjaan Asas, CPR & AED (Basic Occupational First Aid, Cpr & Aed Training) di Park Inn by Radisson Putrajaya selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Mac 2022. Kursus ini disertai oleh 30 orang kakitangan daripada Protasco Maintenance.
Program ini terdiri daripada pembentangan teori, sesi amali dan simulasi seperti hidup (casualty make-up) bagi melengkapkan peserta bukan sahaja pengetahuan, malah kemahiran mengendalikan pelbagai kecemasan.
Kursus Latihan Pertolongan Cemas Pekerjaan Asas, CPR & AED yang berlangsung selama dua hari ini disesuaikan untuk melatih rata-rata pekerja atau orang awam untuk menjadi penolong cemas yang berkelayakan. Para peserta akan diajar tentang kemahiran asas sokongan hidup seperti CPR atau tercekik dan topik lain berkaitan pertolongan cemas seperti pendarahan & luka, melecur, patah tulang dan kecederaan tulang belakang.