CIMB Asean Cultural Night Run 2025

CIMB ASEAN Cultural Night Run 2025 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh meriah di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Program anjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia ini menampilkan beberapa kategori larian iaitu 21KM, 10KM, 5KM Fun Run serta 3KM VIP Run. Acara berprestij ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Roadcare (M) Sdn. Bhd. berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada B Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, bersama YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, ke reruai pameran kami sepanjang acara berlangsung. Kehadiran para pemimpin kementerian ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap penganjuran program yang memupuk gaya hidup sihat di samping mengetengahkan elemen budaya dan semangat kebersamaan masyarakat.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif serta permainan menarik yang disediakan di reruai Roadcare (M) Sdn. Bhd.. Selain itu, para pengunjung juga dapat memperoleh maklumat berkaitan peranan, fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat dalam menyokong pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur lebuh raya negara.