logo

Total Quality Road Maintenance Solutions

Pada 28 Disember 2017,Roadcare (M) Sdn Bhd telah menganjurkan Program Sumbangan Amal Korporat bersama Anak-anak Orang Asli bertempat di Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Cameron Highlands, Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg.Dato’ Wan Imran bin Wan Omar, Ketua Pegawai Operasi Roadcare Sdn Bhd. Majlis ini turut dihadiri oleh Ir Eow Thein Wee, Jurutera Daerah JKR Cameron Highlands dan En Caffli B. Permid Ketua Unit Bahagian Infra Sosial JAKOA. Sumbangan berbentuk beg sekolah dan kelengkapan alatulis telah disampaikan kepada lebih 110 orang penerima dari Sungai Tiang, Kg Dabuk dan Kg Sungai Chohong.

Back