Pada hari ini, Roadcare (M) Sdn. Bhd. berpeluang turut bersama-sama memeriahkan Program Funwalk JKR Selangor yang dianjurkan di Laman Budaya Shah Alam, Selangor. Program Fun Walk ini dianjurkan bersempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024.
Flag-off larian santai disempurnakan oleh YB. EXCO Infrastruktur & Pertanian Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Ir. Izham Bin Hashim diiringi Pengarah Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat Ibu Pejabat JKR Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor, YBrs. Tuan Ir. Shukri bin Ishak.


