Gmd Turun Padang 2.0 2023 Bersama Roadcare Wilayah Pahang

Pada 9 November 2023 bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, Pahang, telah berlangsung Program GMD Turun Padang 2.0. Yang Berbahagia Dato’ Ir. Kenny Chong Ther Nen Group Managing Director (GMD) Protasco Berhad bertandang ke Kuantan untuk bertemu dengan Warga Kerja Roadcare Wilayah Pahang. Sesi ramah mesra ini akan dikenang oleh semua pekerja yang hadir sebagai sebuah kenangan yang sangat manis.

Kehadiran YBhg. Dato’ GMD menjadi pemangkin semangat untuk warga Roadcare Pahang untuk terus memberi komitmen terhadap tugasan yang dipikul.