Inisiatif GMD Turun Padang 2.0 2023 fasa 2 yang melibatkan Maintenance Division telah pada 7 November 2023 bertempat di Putrajaya Hall, Park Inn, Unipark Suria, Kajang, Selangor. Program π¬πππππππ π¬πππππππππ πΊππππππ ini dihadiri oleh pasukan GMD dari Protasco Berhad iaitu; YBhg. Dato’ Ir. Kenny Chong Ther Nen (Group Managing Director), Mr. Freddie Cheong Kah Wang (Chief Financial Officer), Pn. Zarina bt. Daud (Head of Corporate & General Manager, Human Resources) bersama-sama champions/staf-staf dari Ibu Pejabat Kg. Pandan serta Pejabat Wilayah Selangor juga Pejabat Kawasan Bangi, Pejabat Kawasan Rawang dan Pejabat Kawasan Klang.
Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengurus Wilayah Selangor, Tn. Hj. Shahril b. Munir. Seterusnya, program disusuli dengan ucapan serta sesi santai bersama Group Managing Director, YBhg. Dato’ Ir. Kenny Chong Ther Nen. Tujuan utama sesi ini adalah untuk berinteraksi secara dua (2) hala bagi mengetengahkan dan merungkai sebarang persoalan yang ada.