Program ini di jadikan gelanggang perkongsian idea kreatif dan inovatif setrusnya melonjakkan prestasi pencapaian pada tahap yang membanggakan. Tema “Leveraging Innovation Towards Industrial Revolution 4.0” pada tahun ini merupakan manifestasi yang sangat signifikan dengan tuntutan dunia tanpa sempadan pada hari ini.

Selain program penganugerahan inovasi, Pesara JKR Pahang juga diraikan dengan majlis penyampaian sijil dan hadiah.

Anugerah yang dipertandingkan sempena Hari Inovasi JKR Pahang 2018 adalah Anugerah Kontraktor Cemerlang, Anugerah Harapan Inovasi, Anugerah Tokoh JKR Pahang 2018, penyampaian Watikah Perlantikan KIK 2019, Anugerah Khas (Walkabout Terbaik) dan Anugerah Pertandingan Inovasi JKR Pahang 2018, selaras dengan objektif memberi pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada sesebuah inovasi yang dihasilkan oleh perekacipta.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Ir. Haji Abdul Jalil Bin Mohamed; Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang dan lawatan ke Booth Pameran Teknikal oleh peserta-peserta dari pelbagai agensi seperti Roadcare (M) Sdn Bhd.