Raub, 17 Mac 2022 – Roadcare (M) SDN BHD telah mengambil bahagian dalam Hari Inovasi 2020/2021 & Anugerah Pencapaian Cemerlang 2021 JKR Pahang yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Raub, Pahang.
Hari Inovasi 2020/2021 & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 JKR Negeri Pahang ini telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Pahang. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah serta pegawai dan kakitangan dari JKR Cawangan, Bahagian dan Daerah.
Roadcare (M) SDN BHD juga telah disediakan sebuah ruang pameran untuk mempamerkan dan memaparkan maklumat berkenaan syarikat konsesi Roadcare (M) SDN BHD pada program ini.