Hari Inovasi JKR Pahang 2023/2024

Hari Inovasi JKR Pahang 2023/2024 dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Ir. Ts. Walter Bin Taimin, Jurutera Daerah Cameron Highlands. Disusuli dengan ucapan perasmian dan gimik oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.

Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang di atas kesudian mengunjungi reruai pameran Roadcare. Turut bersama mengiringi lawatan ke reruai adalah ; Puan Ir. Eliza Sufinah Binti Mat Sepin, Jurutera Awam Penguasa Jalan JKR Pahang dan Tuan Ir. Ts. Walter Bin Taimin, Jurutera Daerah Cameron Highlands selaku tuan rumah bagi Hari Inovasi JKR Pahang 2023/2024 kali ini.