Hari Inovasi JKR Pahang 2022/2023 merupakan anjuran JKR Negeri Pahang yang telah berlangsung pada 25 Mei 2023 (Khamis) bertempat di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Bentong Pahang. Hari Inovasi JKR Pahang telah dirasmikan oleh YH Dato Ir. Ts. Hafizah Binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.
Terdapat pelbagai kategori anugerah yang telah disampaikan sepanjang satu hari program berlangsung. Antaranya adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Pahang 2022, Anugerah Inovasi Cemerlang KIK serta Anugerah Hari Inovasi JKR Pahang Tahun 2022. Program di sudahi dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada tuan rumah serta lawatan YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang ke ruang pameran.