Hari Terbuka JKR Terengganu Bersama Rakan Industri Anjuran JKR Negeri Terengganu Dengan Kerjasama Koperasi Kakitangan JKR Negeri Terengganu Berhad yang diadakan selama 2 hari iatu pada 09 – 10 Mei 2023 (Selasa – Rabu) bertempat Di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. Pada program itu pihak Roadcare telah dijemput sebagai pempamer bagi memriahkan lagi program tersebut.
Hari Terbuka JKR Terengganu bersama Rakan Industri dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dr. Haji Mamad bin Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau diiringi Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu pada 09 Mei 2023 (Selasa).
Antara aktiviti yang diadakan adalah Pameran Booth oleh Pembekal, Taklimat Produk oleh Pembekal, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Maybank Malaysia Berhad, CIDB dan Pusat Khidmat Kontraktor (Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor – SKWAK) dan cabutan bertuah. Majlis penutup dan cabutan bertuah pada hari kedua iaitu pada 10 Mei 2023 (Rabu) oleh Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu.