Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024 diadakan PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, Pulau Pinang. Sambutan ini berlangsung selama 2hari  bermula pada 11 disember sehingga 12 disember .Majlis  dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia. Seterusnya, disusuli dengan ucapan perasmian dan penyempurnaan gimik perasmian oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.
Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Jabatan Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Jabatan Kerja Raya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2024, YB Tuan Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan Dan Pembangunan Digital Pulau Pinang mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Dato’ Zabidah binti Safar, Pegawai Kewangan Pulau Pinang, mewakili Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang.
Roadcare menyokong penuh inisiatif HPTN yang dilaksanakan setiap tahun tanpa gagal yang mendukung para profesion teknikal yang memacu kemajuan infrastruktur dan pemodenan negara serta

berharap santunan daripada #teamroadcare dapat menginjak paradigma dengan mendukung penuh aspirasi memperkasa profesion teknikal dan membina silaturrahim baharu.