Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia 2017

22hb OGOS 2017; 8am – 5pm

Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid,

Kompleks Kerja Raya

Jabatan Kerja Raya (JKR) buat julung kalinya pada tahun ini menganjurkan Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR (HTK JKR) Malaysia pada 22 Ogos 2017, bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya.

Objektif utama program HTK adalah untuk memberi pendedahan kepentingan teknikal dan kejuruteraan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mapan dan kelestarian pembangunan sejagat serta sebagai platform orang awam untuk mendapat pendedahan asas berkaitan kejuruteraan dan teknikal dari peringkat akar umbi.

Program 1 hari ini akan melibatkan 2 sesi perkongsian pengalaman, Ceramah Kerjaya serta 6 sesi perkongsian teknikal. Anugerah Tokoh JKR turut diadakan sempena Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada jasa warga JKR dalam usaha memartabatkan nama jabatan malahan memberi impak besar kepada JKR khasnya dan negara amnya.

Majlis perasmian program ini akan disempurnakan oleh YB Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof

Pihak Roadcare (M) Sdn Bhd dan QP Industries dijemput untuk mengadakan sesi pameran bahagian masing-masing sempena Hari Teknikal dan Kejuruteraan JKR Malaysia 2017 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid tersebut.