Hari TVET Negara 2025

Pada 11 – 13 Jun 2025 bertempat di MITC Melaka telah diadakan sambutan Hari TVET Negara 2025. Untuk sambutan pada kali ini, Pihak Roadcare telah dijemput untuk turut dalam acara sambutan ini sebagai pempamer bagi sektor pembinaan dibawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Majlis perasmian Sambutan Hari TVET Negara (HTN) 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Dalam ucapan yang disampaikan, ditegaskan bahawa pelaksanaan program TVET di Malaysia melibatkan penyertaan institusi awam dan swasta dalam pelbagai bidang strategik yang menyokong keperluan ekonomi negara. Ketika ini, sebanyak 12 kementerian bertanggungjawab menyelaras institusi TVET awam yang menawarkan program latihan kemahiran yang relevan dan berpaksikan keperluan kumpulan sasar.

Sejajar dengan hasrat ini, Roadcare beriltizam untuk terus menyokong aspirasi TVET dalam usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memacu kemajuan negara.