Pada 11 hingga 13 Ogos 2022 telah berlangsungnya Jelajah FT-Roadpedia Zon Timur 3.0 dengan menggunakan sebuah bas. Tujuan jelajah tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan dan memantau keadaan jalan serta kerja-kerja pembinaan di jalan-jalan persekutuan. Jelajah dimulakan selepas upacara “Flag-Off” yang dilakukan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya bertempat di Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur.

Pada hari pertama jelajah sebanyak 4 lokasi telah dikunjungi bagi melakukan aktiviti tinjauan. Hentian pertama adalah di sekitar pemangsangan Jambatan Bailey, Sungai Teras daerah Raub. Seterusnya tinjauan terhadap pembaikan jalan runtuh di Jalan Benta – Lipis daerah Kuala Lipis. Selepas itu pasukan Roadcare (M) Sdn Bhd telah melakukan persinggahan sementara di Eco Viaduct Sg. Yu daerah Kuala Lipis sebelum bergerak ke lokasi akhir iaitu tinjauan projek Penggantian jambatan Sg Durian, daerah Kuala Krai.

Pada hari kedua jelajah, bas telah memulakan perjalanan ke lokasi tinjaun pertama iaitu Projek Jejambat Wakaf Baru Kelantan. Perjalanan diteruskan ke Tinjauan Projek Naik Taraf FT66, Jalan Keli – Kg. Reka Luar, Kuala balah Dabong sebelum menuju ke hentian terakhir di lokasi pembaikan cerun di FT185, Seksyen 60-62, daerah Gua Musang, Kelantan.