KARNIVAL SUKAN
JABATAN KERJA RAYA SEMALAYSIA 2017

4hb OGOS 2017 – 6hb OGOS 2017

Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail,

Universiti Malaysia Terengganu,

Kuala Terengganu

 

Karnival Sukan JKR SeMalaysia 2017 yang telah berjaya menyatukan semangat 1 Jkr dari seluruh pelusuk tanah air termasuk JKR Sabah, JKR Sarawak dan syarikat-syarikat konsesi. Karnival kali ini merupakan karnival yang terbesar apabila disertai hampir 2000 atlit. JKR Terengganu sebagai tuan rumah telah merakamkan jutaan terima kasih diatas sokongan penuh Menteri Kerja Raya di atas penglibatan dan kesudian merasmikan acara yang penuh gilang gemilang ini. Roadcare (M) Sdn Bhd telah menghantar pasukan-pasukan bagi menyertai beberapa acara yang dipertandingkan di karnival sukan tersebut seperti Golf, Bola Sepak 9-Sebelah, Boling dan Bola Jaring.

Sukan JKR SeMalaysia 2017 telah ditutup pada pukul 4.30ptg setelah berakhirnya Perlawanan Akhir Bola Sepak 9-Sebelah. Atucara diikuti dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir. haji Che Kamaruddin bin Bahar, diikuti dengan ucapan penutup oleh Yg. Bhg. Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha. Atlet dan pegawai-pegawai kanan JKR dari seluruh Malaysia sebahagiannya telah menyertai majlis penutup di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT. Acara kemuncak majlis penutup dengan rasminya dengan upacara menurunkan bendera kejohanan dan penyerahan bendera kepada tuan rumah akan datang iaitu JKR Sabah pada tahun 2019.