Satu kejohanan bola tampar anjuran Permint Granite – HCM Sdn Bhd telah berjaya dianjurkan dengan meriah di Dewan Gemilang, Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA).
Objektif utama penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Maintenance Division, di samping memupuk semangat kerjasama berpasukan, disiplin, dan menggalakkan gaya hidup sihat. Kejohanan ini juga berperanan sebagai platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola tampar dalam kalangan staf serta meningkatkan semangat kesukanan di tempat kerja.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, urusetia serta para penyokong yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan kejohanan ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam organisasi.