Kejohanan Badminton Maintenance Division 2025 telah dianjurkan dengan jayanya oleh Roadcare (M) Sdn Bhd dan berlangsung di Dewan ILSAS, Bangi, Selangor. Acara ini menghimpunkan semangat kesukanan warga kerja dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kekeluargaan.
Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan, iaitu Beregu Terbuka Lelaki, Beregu Terbuka Wanita, Beregu Veteran Lelaki, Beregu Veteran Wanita serta kategori istimewa, Kategori Selebriti yang melibatkan penyertaan daripada pihak pengurusan syarikat. Kejohanan ini turut disertai oleh empat syarikat di bawah Maintenance Division, iaitu Roadcare, DAL HCM, Empayar Indera dan Permint Granite.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada kakitangan untuk mengeratkan ukhuwah, memperkukuh tali silaturahim serta menyemai semangat berpasukan antara syarikat-syarikat dalam divisyen yang sama. Diharapkan semangat kesukanan yang ditonjolkan dalam kejohanan ini akan terus menjadi pemangkin kepada perpaduan dan kerjasama yang lebih utuh dalam organisasi.