Kejohanan Badminton ” Maintenance Division 2025″telah dianjurkan oleh Roadcare (M) Sdn Bhd bertempat di Dewan ILSAS Bangi Selangor .
Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan iaitu Beregu Terbuka Lelaki, Beregu Terbuka Wanita, Beregu Veteran Lelaki, Beregu Veteran Wanita dan juga Kategori Celebriti iaitu terdiri daripada pihak pengurusan syarikat. Pertandingan ini telah disertai oleh 4 syarikat dibawah “maintenance division” iaitu Roadcare, Dal Hcm, Empayar Indera dan Permint Granite.
Objektif kejohanan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada kakitangan “maintenance division” merapatkan lagi ukhwah dan tali silaturahim antara kami.