Telah berlangsung satu kejohanan bola tampar yang dianjurkan oleh pihak PG HCM yang berlangsung di Dewan Gemilang, Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UnisZA).
Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Maintenance Division serta memupuk semangat kerjasama berpasukan, disiplin dan gaya hidup sihat.
Kejohanan ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola tampar di kalangan staf dan meningkatkan semangat kesukanan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, urus setia, dan penyokong yang telah menjayakan kejohanan ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam organisasi.