Konvensyen Penyenggaraan Jalan Malaysia (MRMC) 2025 dan Ekspo Teknologi Jalan dan Trafik My-ASEAN (My-ARTTE) 2025

Buat pertama kalinya, acara berprestij ini dianjurkan di Malaysia oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia dengan kerjasama strategik Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Roadcare berbesar hati menerima jemputan untuk menyertai acara berimpak tinggi ini sebagai salah satu pempamer, sekali gus memperkukuh komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan dan inovasi industri infrastruktur serta lebuh raya di peringkat serantau.