Kuala Lumpur International Pavement Seminar (KLIPS) 2023 telah diadakan  di Connexion Conference Event Centre (CCEC) Bangsar South City Kuala Lumpur pada 7 Mac – 9 Mac 2023. Pihak Roadcare telah dijemput bersama-sama dengan DAL HCM untuk menyertai program tersebut sebagai pempamer . Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia. Antara tetamu vip yang hadir melawat booth Roadcare ialah YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Kanan Kerja Raya, YBhg Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji  Wan Sulaiman – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool– Ketua Pengarah Kerja Raya.