Pada 13 Oktober, Kursus “Emergency Response Combined Drill” bagi Ibu Pejabat Maintenance Division Protasco, Kuala Lumpur telah diadakan selama 2 hari bagi meningkatkan kemahiran mengurus situasi kecemasan di lokasi kerja. Pasukan “Emergency Response Team (ERT)” yang terdiri daripada staff dari Ibu Pejabat Roadcare, DAL-HCM, PG-HCM dan Empayar Indera telah menunjukkan komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kursus ini dijalankan.