Kursus Iso 9001:2015 Internal Auditing

Roadcare telah melaksanakan kursus ISO 9001:2015 Internal Auditing, selama dua hari iaitu pada 1-2 Mac 2023 bertempat di Park Inn by Radisson Putrajaya. Antara objektif kursus adalah untuk memahami prinsip dan konsep Audit Dalaman ISO 9001:2015; memahami cara merancang dan melaksanakan audit; menulis laporan audit dan menjalankan tindakan pembetulan dan auditi susulan.

Semoga #teamroadcare yang terlatih ini dapat membantu mengukuhkan lagi Pengurusan Sistem Kualiti syarikat.