Pada 9 Januari 2021 Timbalan Ketua Setiausaha Kerja Raya Malaysia Dato’ Badrul Hisham dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Malaysia, Dato’ Zulkifli dengan diringi Team Roadcare Malaysia yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare, Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar untuk melakukan lawatan dan tinjauan di laluan FT185 Sek 60 – 62 Jalan Lojing – Gua Musang Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir lumpur dan berlaku runtuhan cerun yang melanda disekitar kawasan tersebut.