Bermula 28 Jun sehingga 1 Julai 2021 , YBerbahagia  Datuk Badrul Hisham Bin Mohd , Timbalan Setiausaha (Dasar & Pembangunan) telah melakukan sesi lawatan ke lokasi tapak projek penyenggaraan jalan persekutuan di kawasan Zon Tengah dan Timur iaitu bermula dari Negeri Selangor , Pahang, Terengganu dan berakhir di Negeri Kelantan sempena dengan Program Pembangunan Kontraktor Penyenggaraan (PPKP) jalan Persekutuan bagi melihat kerja -kerja yang dijalankan oleh kontraktor kecil dan juga permasalahan yang timbul di tapak projek. Program ini juga dapat membantu kontraktor- kontraktor kecil menjana pendapatan dalam situasi ekonomi negara yang mencabar ketika ini. Turut mengiringi lawatan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar dan juga Pengurus Besar  (Operasi ) Roadcare (M) Sdn Bhd En Nikifli Nurizan.