Pada 3 Ogos 2024, Pejabat Roadcare wilayah Kelantan telah menerima kunjungan daripada, Ketua Pengarah UKAS, Dato’ Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar bersama-sama delegasi beliau.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare, Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar bagi membincangkan keseluruhan gerak kerja Roadcare yang dibentangkan oleh Pengurus Wilayah Kelantan, En. Zoolamali Bin Yusof.
Pada akhir sesi lawatan kerja, Dato’ Sri Shamsul Azri bersama delegasi sudi meluangkan masa untuk melawat tapak kerja di sekitar kawasan Pengkalan Chepa, Kelantan.